PU Amin dedahkan aktiviti maksiat di sekitar majlis rumah terbuka Safiey Illias
Baru-baru ini, kecoh apabila pendakwah terkenal PU Amin dikatakan telah diserang oleh pihak pengurusan Safiey Illias di media sosial. Difahamkan serangan ke atas itu berpunca daripada kelantangan pendakwah itu menegur Safiey Illias di media sosial dengan meminta kerjasama para netizen untuk sama-sama memboikot produk keluaran usahawan kosmetik itu.
Hari ini, PU Amin sekali lagi telah membongkarkan suasana di sekitar majlis rumah terbuka Safiey Illias yang dikatakan penuh dengan aktiviti maksiat. Menerusi Facebooknya, pendakwah itu telah memuat naik sebuah video yang merakamkan aksi kurang sopan seorang penyanyi wanita.
Penyanyi wanita yang memakai rambut palsu dengan payudara ’tisu’ itu dilihat sedang sibuk menghiburkan para tetamu dengan menyanyi secara miming sambil menggeselkan payudaranya itu pada kepala seorang tetamu lelaki.
Open House Safiey Ilyas. Jemput beratus anak yatim. Jemput pelajar tahfiz. Tapi ada acara laga tetek kat kepala tetamu . Ya Rabb !! Selamatkan Kami Ya Allah!!..
Jangan lacurkan anak yatim dan anak tahfiz. Jangan gunakan mereka sebagai bahan istinjak untuk membuang najis yang kau buat. Mereka bukan bahan istinjak. Memang lah bila dijemput mereka akan datang , tapi apa kejadah nya ada benda benda ni ?..
Sebab itu dengan posting ini dapat menjawab ‘ Kenapa PU Amin tak datang ke Open House Safiey Iliyas ? ‘..
Biar korang benci aku, ini cara aku menyampaikan kebenaran. Kang aku buat video korang kata aku macam budak dadah punya bahasa, so aku tulis je ni. Kata Quran : Batil akan hancur dengan kebenaran !
Ada satu lagi , Sekarang jadi trend gila gila. Buat bisnes tak fikir halal haram. Cara promosi tak fikir halal haram. Last last buat doa selamat, kenduri kendara panggil anak yatim, panggil budak tahfiz. Fuhh mudah nya kau nak tipu malaikat ?? Check Mate Bro
Menurut PU Amin lagi, tindakan Safiey Illias menjemput para pelajar tahfiz dan 200 oran anak yatim ke majlis rumah terbukanya yang dipenuhi dengan aktiviti maksiat ala LGBT itu turut dilihat seperti mahu mempergunakan mereka untuk keuntungan peribadinya.
Tambah beliau lagi, seperti menjadi trend di kalangan usahawan Melayu sekarang untuk mengadakan majlis doa selamat dengan memanggilkan pelajar tahfiz dan anak yatim meskipun mereka berkecimpung di dalam aktiviti perniagaan yang langsung tidak mengambil kira soal halal atau haram, sebaliknya sibuk mengejar keuntungan semata-mata.