Semenjak kebelakangan ini, nama pendakwah PU Amin sering menjadi sebutan netizen setelah beliau secara terang-terangan menyeru orang ramai supaya memboikot perniagaan usahawan LGBT, Safiey Illias supaya usahawan itu insaf dan menyesali dengan perbuatannya itu.
Malam tadi, pendakwah terkenal itu telah berkongsi sebuah video yang meraka aksi kurang sopan seorang penyanyi wanita yang sedang menggeselkan payudaranya pada kepada seorang tetamu lelaki yang hadir ke rumah terbuka usahawan komestik itu.
Seperti perkongsian PU Amin sebelum-sebelum ini, perkongsian beliau kali ini turut mendapat perhatian orang ramai dan setakat ini telah meraih lebih 14,000 kali perkongsian di Facebook.
Rata-rata netizen yang sudah jelak dan muak dengan sikap melampau golongan LGBT ini telah menyokong tindakan PU Amin yang menentang perbuatan mereka ini secara terang-terangan. Ramai yang memuji sikap berani PU Amin yang ‘melanggar’ individu terkenal seperti Safiey Illias meskipun berisiko berhadapan dengan tindakan saman.
Tidak kurang pula yang meluahkan perasaan hairan mereka dengan sikap segelintir ulama yang lain, khususnya mereka yang menguruskan anak yatim piatu yang hadir ke majlis rumah terbuka usahawan itu kerana mengambil sikap berdiam diri meskipun melihat kemungkaran berlaku di hadapan mata mereka sendiri.
Selain itu, perkongsian PU Amin itu turut mendapat perhatian para penyokong LGBT, khususnya pengikut Safiey Illias sendiri yang telah mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pendakwah itu yang dikatakan berunsur fitnah semata-mata.
Meskipun diasak oleh pejuang LGBT, PU Amin tidak mahu mengalah dalam usaha beliau menentang kemungkaran apabila beliau telah secara terbuka meminta Safiey Illias supaya tidak bertindak mengikut hati dan berehat dari media sosial.
Selain itu, pendakwah itu turut meminta supaya Safiey menjauhkan diri daripada berkawan dengan rakan-rakan pondan yang lain supaya usahawan itu dapat mencari ketenangan ketika bersendirian.