Biadab & kasar, petugas protokol mohon Syed Saddiq hantar PA ke kelas komunikasi


Selepas bekas pegawai akhbar sementara Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi bualan hangat minggu lalu, kini ada pula kontroversi lain mengenai seorang lagi pegawai menteri berkenaan.
Terbaru, seorang pengguna Twitter mendedahkan pembantu peribadi Syed Saddiq didakwa kurang beretika terhadap pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika acara Pertarungan Juara-Juara pada Sabtu lalu.
Menurut Opie Sofea, dia meminta agar menteri tersebut menghantar pembantunya ke kelas komunikasi untuk meningkatkan lagi ‘skill’ perhubungan awam dengan orang ramai.

Kurang pengalaman & cara berbahasa…

Cara komunikasi perlu diperbaiki…

Kasar!  YB tolong buat sesuatu sebelum lebih memalukan…

Opie Sofea atau Che Wan Sofiatul Shima Wan Chik ketika dihubungi oleh mStar Online berkata, pegawai khas Syed Saddiq itu membalas pertanyaan pegawai seksyen istiadat dan protokol jabatan berkenaan yang ingin mengetahui tujuannya masuk ke Royal Box dengan biadab.

“Pegawai tersebut adalah orang nombor dua terpenting di seksyen istiadat, tetapi pembantu Syed Saddiq menjawab soalan beliau dengan kasar.

“Dia membuat ekspresi tidak senang dan berkata ‘such a mess’ (menyusahkan sahaja) kepada pegawai berkenaan.

“Apa yang lebih mengecewakan, pegawainya memberitahu orang lain bahawa pihak kami yang bersikap kurang ajar terhadapnya, walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.