“Haaa tepuk!” menjadi ayat yang semakin trending pada ketika ini setelah pelakon Sharifah Sakinah ‘memperkenalkan’ perkataan tersebut menerusi drama Bini Aku Dari Neraka.
Justeru, ramai individu termasuk selebriti tanah air membuat video parodi dengan menggunakan ayat tersebut termasuk penyampai radio ERA, Jaa Suzuran yang cuba untuk menghiburkan hati netizen.
Video yang dijayakan bersama penyampai radio Hot FM, Issey Fazlisham itu bagaimanapun telah mendapat cacian dan kritikan netizen di laman Twitter.
Rata-rata menyifatkan tindakan penyampai berusia 24 tahun itu terlalu mencuba sehingga lawak yang cuba disampaikan itu tidak menjadi dan menyakitkan hati.
Sumpah annoying & bising gila!
Namun tidak kurang ada juga yang mengaitkan ‘perangai’ yang ditunjukkan oleh Jaa itu dengan negeri asal kelahirannya iaitu dari Kota Bharu, Kelantan.